Friday, October 22, 2010

Kumpulan Etnik Masyarakat India



Pembahagian pekerjaan
Pembahagian etnik lebih kurang mengikuti pengkhususan pekerjaan. Umpamanya, kebanyakan orang Tamil India bekerja sebagai buruh ladang, terutamanya di ladang getah, walaupun sebahagian kecil juga bertugas di jabatan-jabatan perkhidmatan awam. Kebanyakan orang Telegu juga bekerja sebagai buruh ladang, sedangkan komuniti Malayalee pula dibahagikan kepada mereka yang bertugas sebagai pekerja pentadbir di ladang-ladang serta sebagai pekerja kolar putih pentadbiran di bandar. Kaum Tamil Ceylon pula dibawa bertugas dalam kerajaan kebanyakannya pada taraf kerani dan keatas. Kerjaya setiap kaum dari India dan Ceylon (Sri Lanka)telahpun dipra-tentu oleh Kerajaan British yang menjajah Malaya dulu. Maka, keperluan pelbagai tenaga kerja akan diperolehi dari suku kaum yang sudahpun dipratententu.
Orang India Utara, kecuali orang Sikh, terdiri terutamanya daripada pedagang dan peniaga. Umpamaya, Gujarati dan Sindhi memiliki sebilangan syarikat tekstil yang penting di Tanah Melayu. Orang Sikh biasanya bertugas sebagai polis atau pemgawal.
'Pada masa kini,selepas tahun 70an, Pekerja estet kaum Tamil dan Telugu sudah mula berhijrah ke bandar. Ramai daripada mereka, telah bersusah payah bekerja di bandar dan kini sempat meningkatkan taraf hidupan mereka. Walaupun sedemikian, ada pula telah sesat di bandar serta tidak dapat menyesuaikan dengan kehidupan bandar. Anak-anak lelaki keluarga seperti inilah, yang secara signifikan, hidup tak tentu , tak dapat sesuaikan diri kehidupan bandar, lalu menceburkan diri dalam kegiatan jenayah kecil dan sederhana. Ada yang lain pula menggotai kumpulan samseng ia itu hasil kesan filem filem Tamil (hampir 80% daripadanya bertemakan samseng dan kongsi gelap. Walau bagaimanapun, keadaan ini hanyalah dijangka melibatkan generasi pertama India Malaysia yang berhijrah ke bandar.
Kerajaan nampak turut bersimpati dengan keadaan kaun India terutama sekali dalam bidang ekonomi, sosial serta pelajaran. Oleh kerana kerajaan menghargai dan mengiktiraf sumbangan kaum India terhadap asas ekonomi negara Fasa 1 (Getah sebelum 1975)dan Fasa kedua (Kelapa Sawit 1975 hingga 1990). Kerajaan sejak dulu lagi telah memberi banyak sokongan kepada kaum India Malaysia. Akan tetapi, ia didapati tidak mencukupi.

Kelompok etnik yang lain
Selain daripada kumpulan orang India yang tersebut di atas, terdapat juga tiga kumpulan etnik dan agama yang mempunyai kepentingan politik dan ekonomi yang jauh melebihi bilanganya. Dua daripadanya ialah komuniti perniagaan yang penting, iaitu:
chettiar Tamil yang merupakan kasta pedagang dari Tamil Nadu; dan
orang Muslim India Selatan, iaitu orang Moplah dari Kerala dan orang Marakkayar dari Tamil Nadu yang kebanyakannya merupakan pemborong.
Kumpulan ketiga ialah Tamil Sri Lanka yang kebanyakannya bertugas dalam Perkhidmatan Awam dan bidang-bidang profesional.

No comments:

Post a Comment